Emas adalah “duit tunai” juga, tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya. Bila nak pakai duit, kita boleh jual emas tu untuk dapat duit on the spot atau gadai sahaja di mana-mana ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman tunai segera. Bila dah ada duit nanti, kita boleh tebus balik emas dari ar-rahnu. Emas tu masih lagi milik kita. Kalau harga emas naik, kita masih menikmati keuntungan atas kenaikan harga emas tu.
Hari ini, emas pelaburan yang paling banyak dijual beli dan disimpan oleh pelabur runcit di Malaysia ialah emas jenama Public Gold. Ini disebabkan reputasinya hari ini sangat kukuh sehingga pakar kewangan berpengalaman iaitu Tuan Azizi Ali sendiri pun syorkan beli emas Public Gold.
Ar-Rahnu Mesra Emas Public Gold
Apa yang saya perhati, penyimpan emas jenama Public Gold mempunyai banyak kelebihan berbanding mereka yang simpan emas jenama lain di Malaysia. Reputasinya yang kukuh hinggakan sekarang ini, 4 institusi ar-rahnu yang terima emas tanpa perlu buka sarung plastik (yang bermaksud tanpa perlu uji ketulenan)!
Gold bar 5 gram Public Gold. Semua dinar dan gold bar Public Gold versi LBMA untuk item 100 gram ke bawah, semuanya berseal begini. Maksudnya kalau nak keluarkan emasnya, kena potong sarung plastik tu dulu. Foto-foto emas Public Gold boleh lihat DI SINI.
Ar-rahnu yang menerima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik seal buat masa ini ialah:
- Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
- Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
- Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
- Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)
Bermula dengan Pos Ar-Rahnu yang terima emas Public Gold tanpa perlu test ketulenan, hari ini sudah 4 ar-rahnu yang mesra emas Public Gold. Saya percaya, senarai ini akan bertambah pada masa akan datang disebabkan reputasi emas Public Gold yang semakin kukuh dan persaingan antara ar-rahnu untuk dapatkan bisnes. Bayangkan, betapa ruginya ar-rahnu lain dari sudut peluang bisnes disebabkan kebanyakkan penyimpan emas di Malaysia lebih suka simpan emas jenama Public Gold.
Kalau ada pilihan, semestinya pemilik emas Public Gold akan pajak emas di ar-rahnu yang terima tanpa perlu buka sarung plastik seal.
Gold bar 100 gram Public Gold keluarkan dalam dua versi iaitu casted bar (kiri) dan minted bar (kanan). Ketulenan sama, harga pun sama. Cuma yang casted bar (tiada sarung plastik) lebih mudah untuk tujuan gadaian.
Ar-Rahnu Meletakkan Syarat Buka Seal
Disamping 4 ar-rahnu tersebut, banyak lagi ar-rahnu yang terima gadaian emas Public Gold, tetapi mereka meletakkan syarat untuk membuka sarung plastik seal untuk test ketulenan, antaranya:
- Ar-Rahnu Bank Rakyat
- Ar-Rahnu Exchange
- Ar-Rahnu Express
- Ar-Rahnu Koperasi Tentera
- Ar-Rahnu Bank Muamalat
Bagi saya, kalau gadai emas Public Gold di ar-rahnu yang kena buka seal pun jauh lebih baik berbanding beli barang kemas semata-masa untuk memudahkan gadaian. Barang kemas spreadnya 25%, sedangkan Public Gold hanya mengenakan spread 10% bagi emas yang telahpun dibuka atau dipotong sarung plastiknya.
Ini contoh gold bar Public Gold 20 gram yang telahpun dipotong sarung plastiknya semasa proses gadaian. Public Gold jamin membelinya dengan harga tinggi, iaitu pada kadar spread hanya 10%.
Ini contoh syiling emas 1 dinar Public Gold yang telah dibuka sarung plastiknya untuk menguji ketulenan emas semasa proses gadaian di ar-rahnu.
Ini sebenarnya ‘deal’ paling baik di pasaran sebab kebanyakkan syarikat emas akan kenakan spread 25% sebab ia dianggap “emas terpakai”. Bahkan kalau jenama emas yang dijual bank, pihak bank langsung tak akan beli balik emas tu!
Ar-Rahnu Tak Terima Gold Bar & Dinar
Akhir sekali, ada satu ar-rahnu yang tak terima gadaian emas Public Gold dan semua jenis gold bar dan dinar (apa jenama sekalipun), iaitu Ar-Rahnu Yapiem. Mereka hanya terima gadaian semua jenis barang kemas. Untuk gold bar dan dinar, mereka hanya terima gold bar dan dinar keluaran Yapiem sahaja. Jadi jangan terkejut kalau mereka tak terima emas Public Gold. Ia tak ada kena mengena dengan isu ketulenan ataupun reputasi Public Gold. Itu hanyalah disebabkan polisi mereka sahaja.
Setiap ar-rahnu, polisinya berbeza-beza dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Jadi kita perlu semak polisi ar-rahnu dari semasa ke semasa untuk kepastinya. Cara paling mudah buat semakan ialah dapatkan nombor telefon mereka daripada pakcik Google, lepas tu telefon sahaja. Semudah itu.