Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.
Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) at least 3 bulan pendapatan. Tapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, beli dulu at least 1 dinar. Lepas tu baru cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;
#1 – Beli Gold Bar 1 Gram
Item paling kecil yang Public Gold keluarkan (untuk pembelian kaedah biasa) setakat ni ialah Jongkong 0.5 gram. Namun saya cadangkan anda mulakan dengan 1 gram. Item terbaik untuk bermula.
Banyak jenis jongkong 1 gram pelbagai design menarik boleh di dapati di Public Gold. Anda boleh layari website untuk meninjau koleksi yang ditawarkan. Dengan ketulenan 99.9% emas dan bertaraf London Bullion Market Association @ LBMA memberi kelebihan kepada anda. Senang di dapati sebab Public Gold mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia.
#2 – Beli Emas Secara GAP
Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal sekecil RM100. Skim belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kitajuga boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Yang paling best, emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma!
Setiap pembelian melalui GAP akan direkodkan di dalam akaun MY GAP yang anda boleh akses dan monitor melalui laman web. Harga GAP akan berubah setiap jam 12 malam pada setiap hari kecuali Ahad kerana harganya mengikut pergerakan emas dunia.
Harga GAP juga lebih murah berbanding belian retail kerana tujuan GAP dilancarkan adalah untuk memberi peluang kepada anda memiliki emas secara sedikit demi sedikit.
Info lanjut tentang GAP, sila klik di sini.
#3 – Beli Emas Secara Ansuran
Kalau bajet beli emas RM150 – RM200 sebulan, saya prefer beli syiling 1 dinar Public Gold secara ansuran. Cajnya cuma 0.5% atas harga belian atau minimum RM5. Boleh bayar ansuran selama 4 bulan (4 kali bayar). Bila dah habis bayar, baru boleh ambil emas di office Public Gold. Kalau habis bayar awal, boleh ambil emas tu lebih awal. Tak perlu tunggu 4 bulan.
Saya prefer syiling 1 dinar Public Gold berbanding gold bar 1 gram (jenama lain atau gold bar 1 gram secara GAP) sebab harga per gram lebih murah, susut nilainya juga jauh lebih rendah. Maksudnya, syiling 1 dinar Public Gold jauh lebih untung berbanding gold bar 1 gram.