Anda boleh membuka akaun GAP dengan nilai minima RM100 atau pun 1 gram emas sahaja.
Soalan: Boleh tak anda buka akaun GAP dengan nilai lebih dari RM100 atau lebih dari 1 gram?
Jawapannya : BOLEH!
Langkah 1: Rujuk harga semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my
Sila lihat harga 1 gram emas 24K GAP. Harga emas akan dikemaskini selepas setiap jam 12 tengah malam.
Contoh, Katakan harga semasa RM190 segram. Jika anda ingin membuka akaun GAP dengan nilai 1 gram emas, maka anda perlu membayar RM190 (harga semasa)
Jika anda ingin beli 5 gram, maka darabkan 5 gram x RM190 = RM950
Langkah 2: Buat Pembayaran kepada Public Gold
Anda buat pembayaran ke dalam akaun bank Public Gold seperti di bawah:
Nota :
Anda boleh menggunakan maybank2u atau Public Bank Internet banking. Jika anda menggunakan internet banking bank lain, anda boleh menggunakan perkhidmatan Interbank Giro (IBG) ataupun Instant Transfer.
Anda juga boleh menggunakan cash deposit machine atau bank in di kaunter bank. Pastikan anda menyimpan slip bukti bayaran tersebut.
Jika anda berada di luar negara, sila masukkan kod Swift berikut:
nombor Swift MBBEMYKL untuk akaun Maybank atau
nombor Swift PBBEMYKL untuk akaun Public Bank.
Langkah 3: Hantar butiran pembayaran dan maklumat diri anda kepada Public Gold
Selepas bank in, e-melkan bukti pembayaran tersebut bersama-sama 8 maklumat berikut:
1. Nama penuh
2. Nombor kad pengenalan
3. Nombor Telefon
4. Alamat emel
5. Jumlah bayaran
6. Tarikh bayaran
7. Masa bayaran
8. No introducer : PG014757 – Azura Mohamad (sekiranya anda tiada introducer)
Attachkan sekali gambar slip pembayaran di email tersebut. Emailkan kepada gap@publicgold.com.my dan cc e-mel tersebut kepada nasuha@publicgold.com.my dan azura.publicgold@gmail.com
Seterusnya, untuk mempercepatkan pengesahan, saya dapati penghantaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp adalah yang paling efektif dan senang diterima oleh Public Gold. Anda boleh Whatsapp ke no : +6012 – 430 8916 dan +6017 598 2838
Langkah 4: Proses pendaftaran akaun GAP anda akan dilakukan oleh Staff Public Gold .
Setelah maklumat pembayaran anda diterima dengan lengkap, akaun GAP anda akan diproses dalam masa 48 jam waktu bekerja.
Kemudian anda boleh log in ke dalam portal GAP untuk menyemak baki terkini akaun GAP anda.
Menyemak akaun GAP secara online.
Public Gold menyediakan kemudahan online bagi menambah, melihat baki gram emas dan menjual balik emas di dalam akaun GAP anda .
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Anda pergi ke laman web www.publicgold.com.my
2. Klik menu Login. Masukkan Public Gold code anda di ruangan Username (Contohnya: PG000XXXXX),Password (biasanya nombor ic anda tanpa sempang), kemudian klik butang “I am human” (wajib klik) dan akhir sekali, tekan butang Login.
3. Selepas login berjaya, menu My GAP akan muncul. Klik menu My GAP
4. Klik butang Statement. Anda boleh melihat semua transaksi akaun GAP dengan lengkap (belian GAP = In , Pengeluaran emas fizikal = Out , baki emas di dalam akaun GAP anda = Balance)
Di atas adalah contoh Penyata akaun GAP anda. Anda boleh lihat jumlah yang dibeli dan jumlah gram yang telah dikeluarkan termasuk bakinya.
Print dan failkan jika anda ingin rekodkan sebab Penyata ini hanya akan view transaksi sepanjang 6 bulan urusan keluar dan masuk.
Perlukan info dan bantuan lanjut : 017 598 2838