Memahami Spread Margin Emas Public Gold

“Apa itu spread margin?”

Spread adalah perbezaan jumlah RM antara PG Sell dan PG Buy.

 

spread

Contohnya 1 dinar pada masa artikel ini ditulis harganya adalah RM792. Ini adalah harga Public Gold jual kepada pelanggan.

Kalau nak jual semula, pelanggan akan rujuk harga PG BUY. Hari ini adalah RM728. So, seperti yang anda sedia maklum, tak mungkin hari ini beli, esok dah jual.

Ya, harga ini berubah setiap 20 minit (kecuali Sabtu dan Ahad).

Untuk kira spread dan peratusan spread seperti berikut:

 

spread-1

 

Berdasarkan formula di atas, maka dapat disimpulkan bahawa :

RM792 – RM728/ RM792 x 100 = 8%

Jadi 8% ini adalah spread bagi 1 dinar. Lagi rendah spread, lagi cepat & bagus untuk mendapat keuntungan.

Jika anda membeli emas di kedai emas, nilai spread adalah antara 18% hingga 40%. Contohnya, awal tahun ini, saya ada menjual barang kemas di kedai emas. Harga diambil adalah 13% kurang daripada harga jual. Ditambah lagi 5% dengan alasan, barang kemas sudah dipakai. So, spread di sini telah menjadi 18%.

Tetapi di Public Gold, walaupun anda pegang, kemek, calar, tidak menjadi masalah kerana Public Gold tidak menambah nilai spread tersebut. Ianya kekal seperti dipaparkan dalam website Public Gold. Kecuali jika terbuka seal, susut nilai hanyalah sekitar 10% sahaja.

Di bawah ini saya tunjukkan spread margin bagi setiap produk Public Gold:

 

Image result for spread public gold

 

Berdasarkan infografik di atas, sekiranya bajet anda sekitar RM10,000.00 maka saya cadangkan samada anda pilih antara DUA pilihan di bawah:-

PILIHAN #1 – SPREAD / SUSUTNILAI RENDAH

Saya cadang anda beli emas yang SPREAD LEBIH RENDAH dahulu. Walaupun anda nak simpan jangka panjang, nanti anda akan tetap semak harga emas semasa juga untuk menilai sejauh mana keuntungan yang boleh anda dapat melalui menyimpan emas. Emas dengan spread lebih rendah lebih cepat untung bila harga naik.

Contohnya dengan bajet RM10,000 maka saya akan cadangkan agar anda beli dan simpan Gold Bar 50g + 10g = 60g.

PILIHAN #2 – SENANG DIJUAL SIKIT-SIKIT

Jika anda nak senang jual sikit-sikit bila nak pakai duit nanti, emas yang kecil-kecil lebih baik. Jadi dengan bajet RM10k, anda boleh pilih mana-mana kombinasi Gold Bar 10g atau 20g untuk cukupkan 60g. Oleh itu, sekiranya terdesak nak guna duit, maka anda boleh jual balik emas 10g atau 20g sekadar nilai yang anda perlukan.

Kepada anda yang mempunyai akaun emas GAP, anda juga boleh menjual balik harga emas secara sikit-sikit bila nak pakai duit. Insya Allah dalam tempoh 48 jam pihak Public Gold akan bankin dalam akaun anda melalui akaun Maybank. Untuk mengelakkan kelewatan transaksi, saya galakkan anda untuk menggunakan akaun Maybank juga semasa mendaftar.

 

 

Tips Tambahan:

Jika anda ingin tahu berapa spread margin kedai emas. Simple je caranya.

Semasa di kedai anda lihat harga jualan di dinding kedai + workmanship cost. 

Tanyakan ini: “Tokei, kalau saya jual semula rantai emas ini esok, berapa you ambil?”

Dari harga yang diberikan anda sudah dapat mengira peratus (%) spread margin barang kemas di kedai.

Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda semua.

 

Info lanjut dan perlukan bantuan : 017 598 2838