Kos Haji Turun 80% Lepas 30 Tahun!
Bila kita semak sendiri berita-berita lama tentang kos menunaikan haji untuk jemaah di Malaysia, kosnya semakin menurun. Bahkan lebih mengejutkan, kos menunaikan haji jemaah Malaysia turun sebanyak 80% dalam tempoh 30 tahun kalau ianya dibayar dengan emas!
Ini fakta yang saya dapat:
(credit gambar dari blog mohd zulkifli shafie)
Pada tahun 1998, kos menunaikan haji untuk jemaah dari Malaysia ialah sebanyak 267 gram emas, tetapi pada tahun 2017 (iaitu selepas 20 tahun), kos menunaikan haji menurun kepada 56 gram emas sahaja! Penurunan sekitar 80%! Fakta ini benar-benar mengejutkan saya.
1998 – RM8,000 (RM30/g) = 267 gram
1999 – RM8,131 (RM35/g) = 232 gram
2000 – RM8,585 (RM38/g) = 225 gram
2002 – RM9,445 (RM42/g) = 224 gram
2011 – RM9,980 (RM147/g) = 68 gram
2017 – RM9,980 (RM180/g) = 56 gram
Simpan 60 Gram Emas Sebagai Dana Haji
Jadi siapa nak buat simpanan pergi haji, simpan dalam bentuk emas jauh lebih baik daripada simpan dalam bentuk tunai di bank. Berdasarkan fakta ini, siapa simpan emas akan lebih cepat mampu pergi haji berbanding yang simpan dalam bentuk duit kertas.
Saya syorkan, letak target simpan 60 gram emas sebagai Dana Haji. Simpan 1 gram 1 bulan dari sekarang, lagi 5 tahun simpanan tu akan cukup 60 gram. Kalau stastik menunjukkan kos haji semakin murah kalau dibayar dengan emas, maka saya percaya, nilai 60 gram emas tu cukup untuk pergi haji lepas 5 tahun akan datang, insyaAllah.
Tapi kalau tempoh giliran pergi haji masih panjang, teruskan simpan sahaja 1 gram 1 bulan sebagai Dana Haji. Saya diberitahu oleh sahabat saya yang biasa bawa jemaah haji katanya, kalau ada RM40,000, boleh pergi sendiri jer. Tak perlu tunggu giliran yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Maksudnya kalau Dana Haji yang disimpan dalam bentuk emas itu dah cukup 230 gram hari ini (iaitu bersamaan nilai RM40,000), dah boleh pergi sendiri tanpa perlu tunggu giliran yang ditetapkan oleh Tabung Haji, insyaAllah.
Cara Termudah Simpan Emas
Bagi yang nak menyimpan emas 1 gram 1 bulan sebagai Dana Haji, cara paling murah dan paling mudah di Malaysia ialah melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh Public Gold. Boleh beli secara online sahaja setiap bulan tanpa perlu keluar rumah. Emas itu nanti boleh dikeluarkan untuk disimpan sendiri pada bila-bila masa (kalau nak pegang emas tu sendiri).
Dan yang paling penting, kaedah simpanan ini telahpun disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors yang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Syariah bagi Bank Negara Malaysia (BNM).
Sebarang persoalan tentang simpanan emas, boleh wassap saya di +6017-5982838 (Azura). Saya adalah Dealer Aktif Public Gold sejak tahun 2011 sehingga sekarang
Wallahu a’lam.