Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar. Itu sahaja yang boleh saya simpulkan tentang tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”. Dulu saya tak sedar tentang betapa bagusnya strategi ini, tetapi memang tabiat saya sejak 2010 ialah, setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada harga. Sehingga saya menulis artikel ini, saya belum pernah menjual emas simpanan saya. Saya adalah penyimpan emas tegar. Orang seperti saya ini dipanggil Gold Saver, bukan Gold Investor.
Walaupun Gold Investor mereka lebih ambil tahu tentang perkembangan pasaran emas, analisis teknikal harga emas, dan boleh juga buat untung dengan naik turun harga emas, tetapi apa yang saya perhati, akhir sekali penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:
- mereka memiliki emas yang banyak,
- duit simpanan mereka tak bocor bila ditukarkan kepada emas,
- harga purata setiap gram emasnya rendah sebab sentiasa beli,
- mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang.
Kekayaan Ditentukan Oleh Tabiat
Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu bergerak sangat perlahan berbanding arnab, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!
Jadi kalau dalam simpanan emas, mereka yang simpan 1 gram 1 bulan ibarat kura-kura. Ia perlahan, tetapi akhirnya dia akan menang. Sedar-sedar nanti, 1 tahun sudah ada minimum 12 gram. Saya perhati, siapa yang letak target simpan 1 gram 1 bulan, akhirnya dia akan simpan lebih banyak daripada itu sebab ia sudah jadi satu TABIAT! Tabiat itulah yang membuatkan ia jadi lebih kaya sebagaimana kata-kata seorang guru kewangan bernama Dave Ramsey, katanya;
“Personal finance is 80% behavior and only 20% head knowledge” – Dave Ramsey
Walaupun perlahan, akhirnya siapa yang “konsisten” juga akan menang!
Tips Simpan 1 Gram 1 Bulan
Jadi bagi sesiapa nak memulakan tabiat ini, ini strategi yang berkesan yang boleh saya cadangkan. Dan inilah juga yang saya buat setiap bulan:
#1 – Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”(simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.
#2 – Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit lebih. Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.
#3 – Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!
#4 – Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan. (Sahabat pembaca boleh kaji sendiri kalau nak sahkan pengalaman saya ini)
#5 – Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet! Guru emas saya En. Syukor Hashim cadangkan buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang “feel” akan berbeza. Ia mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! InsyaAllah.
Gold bar 1 gram edisi biasa dan edisi wedding. Ini antara item yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Emas GAP. Simpan emas sendiri begini “feel”nya berbeza. Bagi sesiapa tak selesa simpan sendiri, boleh simpan dengan Public Gold secara percuma melalui akaun emas GAP.
Panduan lengkap membeli emas fizikal melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP). Untuk download, KLIK DI SINI.
Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya +017-598 2838. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.