1. Cara terbaik untuk elakkan kebocoran wang tunai ialah tukarkan wang kertas kepada WANG SEBENAR iaitu EMAS FIZIKAL.
2. Masih ramai yang belum faham bahawa emas fizikal adalah duit yang sebenar tapi dalam bentuk yang berbeza.
3. Emas fizikal mudah ditukar kepada tunai pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
4. Jika bawa emas ke luar negara dan perlukan duit segera, jual sahaja emas tersebut untuk dapatkan duit dalam matawang tempatan tanpa perlu risau fenomena “Ringgit tak diterima di beberapa money changer di luar negara” seperti yang terjadi beberapa bulan lepas. (Yang terbaru, Kerajaan India declare Rupee 500 dan 1000 tidak lagi laku sejak 08/11/2016)
5. Sekadar makluman, harga emas dunia diniagakan dalam USD/oz. Apabila nilai ringgit jatuh 27.55%, harga emas dalam Ringgit melambung 30%!
6. Hakikatnya, bukan emas yang makin mahal, tapi wang kertas yang semakin murah tukarannya. Tahukah anda NILAI duit kita jatuh sebanyak 97% sejak tahun 1971?
7. Adakah anda yakin harga nasi lemak akan kekal seperti harga sekarang pada 5 tahun akan datang? Jika anda tahu jawapannya maka sebenarnya anda sudah 80% faham tentang keperluan memiliki emas fizikal sebagai imbalan kehilangan nilai duit anda!