Harga Rendah : Tip Untuk Gold Saver

zura

 

 

Bagi gold saver, biasanya tak perlu tunggu harga rendah untuk membeli kerana beberapa faktor :


1. Jumlah setiap belian biasanya tak besar, tetapi KONSISTEN. At least 1 gram 1 bulan. Bila harga rendah, itu hanyalah BONUS untuk tambah belian lebih banyak.

2. Bila konsisten membeli, kita telah pun dapat KOS PURATA. Kalau 3 kali belian RM170, RM180 dan RM190, maka kos purata ialah RM180.

3. Ditambah lagi pergerakan harga emas biasanya tak banyak, mungkin sekitar 3% sahaja sebulan. Jadi kalau disebabkan nak jimat 3% tetapi duit simpanan telah pun bocor 50% dibelanjakan dalam tempoh menunggu harga rendah, itu satu kerugian besar. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

4. Akhir sekali, Gold Saver simpan emas untuk jangka panjang, bukan untuk dijual dalam masa terdekat. Ia adalah duit simpanan PAKSA & LUPA. Duit untuk digunakan dalam masa terdekat, dah siap-siap disimpan dalam akaun bank seperti Tabung Haji atau ASB.

5. Gold Saver hanya menjual emas simpanan dalam dua keadaaan sahaja : (a) ada hal kecemasan dan duit simpanan kecemasan pun dah habis, (b) ada peluang untuk jana keuntungan lebih besar seperti rolling bisnes.

6. Jadi Gold Saver sepatutnya tak terganggu emosinya dengan naik turun harga emas sebab fokus sebenar mereka ialah tambah GRAM emas dari semasa ke semasa.

7. Kalau nak tunggu juga harga rendah, kita akan berhadapan dengan persoalan yang paling sukar dimana pakar analisis teknikal harga pun tak dapat bagi jawapan iaitu BILA masa harga emas akan turun rendah? Dan BERAPA RENDAH yang dianggap rendah itu?
_____________________________________
Point : Simpan Sekarang!
Lagi cepat bertindak, lagi cepat emas terkumpul.
_____________________________________

Info lanjut hubungi admin
PM/ WhatsApp/ Telegram:

 +60 17598 2838 @ Azura