Anda ingin melabur emas dan jana keuntungan? Untuk mendapat keuntungan dari aktiviti melabur emas amatlah mudah. Pada hari ini, terdapat banyak peluang dan ruang yang disediakan untuk anda rebut agar tidak menyesal pada masa akan datang…
Persoalan #1
Yang biasa ditanya ialah apakah jenis pelaburan emas yang boleh jana keuntungan? Anda tak perlu bersusah payah nak fikir kaedah untuk jana keuntungan pelaburan emas kerana dah ada satu kaedah yang amat mudah dan selamat untuk anda ikut. Namun, sepertimana jenis-jenis pelaburan lain di dunia ini samada pelaburan emas, pelaburan hartanah, pelaburan perniagaan dan pelaburan unit saham bahawa risiko rugi tetap ada jika anda kurang ilmu pelaburan. Oleh itu, sebelum anda ingin menceburi pelaburan emas, anda digalakkan untuk membaca Buku Rahsia Ilmu Pelaburan Emas di sini.
Seterusnya, seperti yang telah saya terangkan dalam post yang lepas, pelaburan emas ialah saat anda miliki emas jongkong (goldbar) dan dinar 24K yang mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA)… Mengapa? Hanya emas 24K LBMA sahaja yang TIDAK DIKENAKAN GST.
Persoalan #2
Yang sering ditanya ialah di mana anda nak dapatkan emas goldbar atau dinar 24K LBMA ini? Oleh itu, di sini saya perkenalkan jenama emas yang tidak dikenakan cukai GST iaitu emas jongkong dan dinar 24K jenama Public Gold…. Sekali lagi saya nak beritahu jenama emas Public Gold dan BUKAN Power Gold sebab Power Gold tu menggunakan jenama emas Amethyst yang tidak mendapat pengiktirafan dari mana-mana negara pengeluar emas dunia dan juga LBMA. Saya bukan nak merendahkan mana-mana jenama, tetapi fakta tetap fakta dan jika anda dapati saya salah, sila betulkan saya.
Persoalan #3
Ialah mengenai riba dalam jual beli emas. Alhamdulillah… anda telah menemui blog mengenai pelaburan emas yang betul kerana di sini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana anda dan ahli keluarga anda, persatuan atau kelab yang anda sertai boleh mendapat keuntungan melalui aktiviti pelaburan emas tanpa RIBA’ Insya Allah. Ini adalah kerana Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’.
Seterusnya ialah bagaimana cara jual beli emas jenama Public Gold yang bebas riba’. Caranya ialah:-
#1. Anda jual beli emas dengan cara tunai dan bukan hutang. Riba’ berlaku apabila anda dapat dulu emas dan bayar ansur-ansur atau lebih 3 hari selepas itu. Ataupun, anda melakukan riba’ apabila anda bayar secara tunai namun emasnya tidak anda miliki serta merta atau sekiranya transaksi jual beli emas secara online tidak diselesai dalam 3 hari.
#2. Anda jual beli emas dalam gandaan minima 1 gram (untuk goldbar) atau 4.25g (untuk 1 dinar) dan dalam jumlah berat emas minima pembelian RM100 dan anda boleh membuat potongan gaji bulanan berdasarkan “Standing Instruction” kepada pihak bank anda. Di Public Gold, kesemua produk dan urusniaga emasnya telah mendapat kelulusan Patuh Syariah dari pihak Amanie Advisor.
Persoalan #4
Ialah bagaimana nak mulakan pelaburan emas dan jana keuntungan?
Secara asasnya ada tiga kaedah:-
#1 – Simpan sendiri (Keuntungan Jangka Panjang).
Labur emas ni macam beli rumah. Beli, simpan, dan jual bila nak ambil keuntungan. Harga emas akan naik dalam jangka panjang. Persoalannya, benarkah harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang? Saya bagi logik yang mudah untuk kita semua fikir.
Pertama, cuba bandingkan harga emas sekarang dengan 5 – 10 tahun lepas, ia jauh lebih rendah berbanding sekarang (walaupun harga emas sekarang dianggap rendah). Kedua, cuba tengok harga barang keperluan, ia confirm naik dari tahun ke tahun. Kalau harga barang confirm naik, harga emas juga confirm naik. Kenapa harga barang sentiasa naik? Sebab duit kertas sentiasa susut kuasa belinya dari tahun ke tahun dimakan inflasi. Bila nilai duit kertas susut, harga barang mesti naik. Berbeza duit kertas dengan emas, 1 dinar emas (syiling ketulenan 999, 4.25 gram) masih mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang.
Jadi emas boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Beli bila ada duit lebih, dan jual bila nak pakai duit. Sementara menunggu harga naik, emas tu kita boleh jadikan modal pusingan bisnes dengan buat pajakan di ar-rahnu bila perlu. Itu kaedah pertama.
#2 – Trading (Beli, Jual, Beli, Jual)
Kaedah kedua dipanggil “trading”, iaitu “buy low, sell high” secara kerap. Beli, simpan dan jual. Beli balik, simpan dan jual balik. Buat proses ini berulang-ulang kali. Kalau di Malaysia, strategi ini hanya relevan untuk pembeli emas Public Gold sahaja sebab harganya ikut pergerakan harga emas dunia secara ‘real-time’. Emas jenama lain tak sesuai.
Strategi ni nampak mudah, tapi hakikatnya saya belum jumpa orang yang betul-betul berjaya dengan “trading” emas fizikal. Cabaran utama ialah, tak siapa tahu bila harga yang dianggap betul-betul rendah, dan bila harga dianggap betul-betul tinggi. Dan paling cepat untuk sesuatu “cycle” beli dan jual tu ambil masa sekitar 3 bulan, bukan secara bulanan ataupun mingguan.
Trader perlu mahir ilmu analisis teknikal untuk kenalpasti harga siling dan harga lantai. Ia bukan ilmu ‘nujum’ yang boleh tahu secara tepat bila harga paling rendah dan bila harga paling tinggi sebab professional trader sendiri pun tak tahu dan selalunya tersasar juga (“,)
#3 – Berniaga Emas
Kaedah ketiga ni paling senang. Jadi dealer Public Gold dengan buat belian emas bernilai RM30,000 dalam 1 resit. Pastikan pembelian tu dibuat melalui dealer (introducer) yang komited dan boleh bagi bimbingan yang betul supaya kita boleh belajar dari dia (sebagai mentor). Lepas tu bagi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas dan ajar mereka pelaburan emas yang betul.
Setiap orang yang kita introduce membeli dari Public Gold, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% atau 2.0% mengikut tahap dealership kita. Sebagai dealer, tanggungjawab paling utama ialah consult ilmu yang betul (demi kepentingan pembeli), tolong orderkan dan guide proses pembelian jer. Nanti pembeli emas bayar dan ambil sendiri emas terus daripada Public Gold. Harga emas naik atau turun, dealer tetap untung sebab dealer melangkah satu kaki sebagai peniaga, bukan sekadar pelabur.
Cara Saya Labur Emas
Saya secara peribadi jadikan emas sebagai simpanan, dan memanfaatkan posisi sebagai dealer emas untuk jana pendapatan. Sejak pertama kali beli emas tahun 2011, saya cuma beli, beli dan beli sahaja. Saya tak pernah ‘jual’ (emas milik peribadi) kecuali saya benar benar perlu sahaja. Saya tak peduli harga emas naik atau turun, janji duit saya jadi emas. Kalau tahun ni saya ada 50 gram, saya akan pastikan tahun depan simpanan emas saya bertambah jadi 100gram atau 250gram sehingga 1kilo.
Jika anda dah bersedia untuk beli emas goldbar atau dinar dan simpan secara PERCUMA SEUMUR HIDUP dan boleh namakan pewaris di Public Gold, sila ikuti Langkah #1 di Simpanan Akaun Emas GAP.
Kalau nak jana pendapatan lumayan, caranya bukan dengan melabur, tapi dengan; (1) tingkatkan kerjaya, atau (2) mulakan bisnes sendiri. Ia jauh lebih berbaloi berbanding tunggu kenaikan harga emas atau tunggu keuntungan dari mana-mana pelaburan sekali pun. Pelaburan dalam erti kata sebenar hanya sesuai untuk mereka yang ada duit lebihan, at least dah ready dengan duit simpanan kecemasan. Bila kita labur dengan duit lebih, untung rugi pelaburan tak sangat merisaukan kita, insyaAllah.
Selamat Menyimpan Emas!