Salah satu cara tradisional (tetapi berkesan) untuk peniaga-peniaga kecil MENGELAKKAN KETIRISAN MODAL ialah jadikan emas sebagai modal pusingan. Duit modal tu disimpan dalam bentuk emas.
Bila nak pakai duit untuk rolling bisnes, pajak emas tu untuk dapatkan pinjaman segera. Hasil berniaga tu nanti, gunakan untuk tebus balik emas. Akhir sekali, kita ada emas + duit untung.
Kalau untung tu banyak, tambah lagi modal pusingan dengan membeli lagi emas. Modal pusingan bisnes itu tadi kita monitor berdasarkan pertambahan kepingan emas yang kita miliki. Ia mengelakkan masalah biasa peniaga kecil iaitu, modal makin susut dan untung pun entah ke mana.