PENGELUARAN EMAS FIZIKAL

Keistimewaan terbesar GAP ialah anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda.

Emas ini anda boleh pegang dan simpan sendiri.

Anda boleh memilih samada ingin mengeluarkan:

1) Jongkong emas 999.9

2) Dinar emas 999.9

Apabila anda mengeluarkan emas fizikal, Public Gold akan menolak berat emas tersebut daripada akaun GAP anda.

Public gold cards

Terdapat 2 syarat semasa mengeluarkan emas fizikal iaitu:

1. Pengeluaran emas fizikal tertakluk kepada cas premium, bergantung kepada jenis emas yang dikeluarkan.

2. Anda boleh keluarkan semua nilai emas di dalam akaun GAP, tertakluk kepada baki minima 1 gram.

 

Kos premium pengeluaran emas fizikal.

Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan kos premium.

Sila lihat jadual di bawah:

Klik pada gambar untuk info lanjut kos premium di Sabah dan Sarawak.

Contoh pengiraan :

Sebagai contoh, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 10 gram.

  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 10 = RM50.
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 2 = RM10
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 1 = RM10

*p/s:  Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.

nota: Kos premium ini perlu dibayar di dalam bentuk tunai kepada staff di office Public Gold sewaktu anda datang mengambil emas fizikal ini.

 

Cara-cara mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP :

Untuk mengeluarkan emas fizikal, anda hanya perlu menelefon pejabat Public Gold yang berhampiran dan request pengeluaran emas fizikal.

Cawangan Public Gold di seluruh negara.

Ini adalah alamat lokasi, nombor telefon dan alamat pejabat Public Gold di seluruh Malaysia.

Itu sahaja, hanya satu panggilan ke pejabat Public Gold dan selesai!

Klik pada gambar untuk menghubungi cawangan pilihan anda.

Selain daripada pengeluaran emas fizikal, anda boleh menjual terus emas di dalam akaun GAP anda dan mendapatkan tunai.

Public Gold akan membeli balik kuantiti emas di dalam akaun GAP anda dan akan bank-in wang tunai tersebut ke dalam akaun bank anda.

Terdapat 2 cara menjualnya iaitu:

1. Menelefon cawangan Public Gold.

Anda telefon cawangan yang berhampiran dengan anda. Beritahu staff yang anda nak menjual emas dalam akaun GAP. Beritahu nama penuh, nombor ic, PGcode anda dan kuantiti emas yang ingin dijual daripada akaun GAP anda.

Staff Public Gold akan uruskan selebihnya.

2. Gunakan SMS/Whatsapp/Wechat

SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PGJUAL GAPJumlah Jualbalik kepada +6012 430 8916

Contoh :

Dengan kod PG –>: PG 000xxx JUAL GAP xxxgram

-Pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya 3 hari bank bekerja.

-Contoh, Jual balik dilakukan pada 20/4/2016, harga akan merujuk pada 20/7/2016 jam 12:00 tengah malam harga belian PG, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 23/4/2016.

*Pembayaran di bawah keadaan pasaran yang normal.