#1. Emas harganya mengikut market dunia yang melibatkan banyak faktor dan sentimen. Jadi ada masanya turun dan adakala ia naik. Tapi rekod harga emas sentiasa menunjukkan peningkatan dalam jangka panjang. Tak perlu gusar atau bimbang sebab sifat emas sememangnya begitu.
#2. Jangan cepat panik bila harga tiba tiba jatuh dan terus menjual segala aset emas anda.Bertenang, kerana harga emas pasti akan naik semula selepas beberapa ketika. Lagipun emas anda tidak sedikit pun susut atau mencair walaupun harga sedang turun.
#3. Jangan sesekali meminjam wang samada dari bank atau saudara mara untuk membeli emas. Anda boleh memiliki emas mengikut bajet masing masing. Tidak perlu dibeli secara sekaligus. Boleh bermula serendah 1 gram pun sudah memadai dan terus konsisten menyimpan setiap bulan.
#4. Jangan terlalu percaya dengan berita di media cetak atau elektronik tentang emas sebab tak semua penulisnya adalah pakar tentang emas. Seeloknya sebelum membuat sesuatu, rujuklah dahulu mereka yang benar benar pakar tentang emas seperti Tuan Syukor Hashim, yang mahir selok belok emas.
Buat tuan puan yang ingin belajar lanjut boleh juga bertanya pada admin yang merupakan anak murid kepada Tuan Syukor Hashim. InsyaAllah segala persoalan akan dijawab sebaik mungkin.